Friday, April 1, 2016

Mandi Tanah


Dulu masa aku belajar kat Melbourne di Australia, duit scholarship Gomen ciput. Australian Dollars (AUD) 531 sebulan saje. 1 AUD above tahap kemiskinan. Tahap kemiskinan di Australia masa tu AUD530. Bayar sewa AUD200. Bayar daging, ayam, sayur apa bala dah AUD100. Bayar letrik, air, fon semua dah AUD100 kot. AUD100 untuk beli rokok murah Peter Jackson. RM30 belanja awek nengok wayang kat Village Cinema South Yarra.

Kesimpulannya..... hidup tertekan sebab tak cukup duit. Study no problem. Sarjana muda perakaunan. Apa susah? Debit Credit je.... yang lebeh tu kelentong goreng je. So, apa lagi. Pergilah cari kerja part time. Malam minggu gi jadi kitchen hand kat Topez Pizza kat Prahran. Semua lah aku buat. Basuh pinggan. Bancuh uli tepung roti pizza. Buat French Salad, Greek Salad, pelbagailah. Potong sayur. Potong daging. Potong ayam. Potong salami.... dan potong babi.

Babi betoi..... kena potong babi. Setiap malam balik rumah kena mandi air tanah. Aku tanya housemate aku Shimi budak Kedah nak mandi samak ni apa sukatan. Dia bilang satu bahagian air dan tujuh bahagian tanah. Entah betul tidak. Sampai hari ni aku tak tau. So.... koreklah tanah depan rumah tu. Habis penuh tanah dalam bath tub sampai sumbat. Alih-alih kena maki dengan landlord Mr Andrew Vasilou mamat Greek perut buncit. Semua ni sebab nak sembahyang punya pasal.

Satu hari di Hari Raya selepas mandi sunat Hari Raya dengan air tanah, kitaorang ready-ready nak ke Malaysia Hall High Street Windsor untuk sembahyang Raya...... tiba-tiba ternampak anjing tengah berak kat tanah depan rumah yang selalu aku ambik untuk mandi wajib... ehhhh silap.... mandi samak. Adoiiiii.... hancurnya perasaan. Mana nak cari supply tanah kat tengah-tengah Melbourne nih?????

Selepas Hari Raya aku tender resignation as the most dedicated Kitchen Hand in all of Prahran Melbourne. Pekerjaan seterusnya ialah... posman untuk junk mail.


The Nincompoop Cameraman


A camera man with his camera focused at me. I stood still with a stupid grin for like... 10 seconds or more... only to realise that I really look stupid coz it was not a photographic attempt. It was a video shoot from a camera. Bugger!! He smiled and said, "Sir no need to smile too long coz it is a video". Now you tell me you nincompoop! Hahaahah




Old Woman with Black Coffee


An old woman came to me and said, "Hi...  I haven't seen you for so long. How is your wife Raziah doing?". 

"Errrr.... my wife is Roslina mam... not Raziah."

"Huh? You are Khalid right?"

"Errr.... no... not that I am aware".  She took a sip of her black coffee and flew away gently.


Kechewa Nasi Lemak


Kepada Persatuan Pembuat Nasi Lemak SeMalaya,

Tolong sebarkan masalah Nasi Lemak di Malaya ni seperti berikut:

1. Namanya Nasi Lemak.... bukan Nasi Putih. Apesal tak rasa lemak? Ni dah kelentong tahap dosa dah ni.

2. Ikan Bilis kalau boleh letaklah segenggam ke. Ni 3 ekor aje. T I G A ekor sahaja. Bak kata KJ.... Ale Uto lah

3. Telor penat mak ayam keluarkan cantik bulat bujur.... kau gi potong empat lepas tu satu perempat je kau kasi? What the hell?

4. Sambal... aduhhhh.... sambal.... kau reti tak masak ni? Tumis cili tu sampai masak... ni rasa macam cili ulam je. Lepas tu kau campak gula berlungguk nak kasi sedap. Aku ni high sugar in blood. Kalau nak manis letak banyak bawang lah beb. Adoi. Fail lah.

5. Tidak ada komplen pasal timun. Timun buang duit je bukan orang kisah sangat. Macam Richard Branson stop letak olives dalam airplane meal..... gitu.

6. Dah lah tu... harga seciput tu melebehi harga satu liter RON95..... damn!


Yang kechewa,

spanapurba


Thursday, October 29, 2015

Sayang sayang Sayang


"Sayang!"

"Ya?!"

"Errrrr.... Sayang..... sayang Sayang?"

"Mmmm... yelah Sayang sayang Sayang"

"Eh eh... betul ke Sayang sayang Sayang?"

"Iyaaaa... Sayang, saaaaaaayaaaaang Sayang"

"Ehhhh happynya. Sayang sayang Sayang. Sayang cakaplah betul-betul. Betul ke Sayang sayang Sayang?"

Iskandar bangun dari kerusi Osimnya dan terus ke mejanya lalu ditarik laci meja. Dia terus mengambil pistolnya dari dalam laci dan mengacukan pistolnya ke muka Shidah sambil berkata, "Cuba kau tanya sekali lagi... tengok apa aku jawab"


Apa Lagi Yang Sue Nak?


"Apa lagi yang Sue nak? Abang dah bagi semuanya. Abang dah belikan cincin berlian Princess cut dari Tiffany dengan gelang tangan, rantai, subang berbagai. Haaahhh,... tu hah,.. BWM 3 Series latest version tu pun baru Abang belikan tahun lepas. Anak-anak semua kau nak masukkan private school,.. ke private school lah diorang kan? Apa nama? Garden? Apa-apa lah.... Tu hah.. Kelab Golf KGNS yang kau asyik main golf dengan Puan Sri Maimunah tu...  bukannya murah membership tu. Berpuluh ribunya aku kena bayar. Rumah yang tersergah indah tiga tingkat kat Bukit Damansara ni pun aku dah terkentut-kentut bayar hutang bank. Lepas tu, Christmas aku bawak semua satu famili gi London setiap tahun. Hand bag,.... hmmmm... sampai esok aku membebel pun tak habis... satu almari hand bag dan kasut kau. Jimi Choo lah, Balenciaga lah... apa-apa lah lagi aku pun tak kenal. Aku kenal selipar Tat Sing jer. Credit card sampai tiga... semua hampir full credit limit. Apa lagi kau nak? hahhh? Dengan personal trainernya. Dengan furniture Italinya. Dengan lukisan mahal sampai beratus ribunya... Kononnya contemporary art investment lah.. Macam-macam lah. Pendek kata, semuanya Abang dah bagi. Permintaan Abang satu je kau tak boleh nak bagi ye?"

Suraya merenung muka Fakhrul seperti singa betina yang menunggu untuk menerkam anak kambing yang bodoh, sombong lagi dungu sambil berkata dengan tajamnya, "Kau suruh perempuan sundal tu langkah mayat aku dulu sebelum kau buat dia bini nombor dua kau paham?"

Fakhrul menghembus asap rokok Marlboronya dengan tidak puas hati.


Monday, October 26, 2015

YAB, saya tuntut hak saya ....


"Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Saya nak tuntut hak saya sebagai rakyat negara ni. Dah lama saya terpendam perasaan ni sejak tahun 1992 lagi. Banyak lagi yang Kerajaan boleh buat. Pertama, saya nak semua majlis perbandaran membenarkan pusat-pusat video game ting tong. Lagi elok diwajibkan semua pasang balik game Street Fighter II dan 1942. Kedua, bukak balik pusat-pusat snooker kat semua bandar. Bebudak sekarang ni bahlol tak reti apa itu snooker sebab asyik main facebook 24 jam... macam gampang. Lepas tu saya nak harga teh ais kembali ke 60 Sen macam kat gerai Seksyen 2 Shah Alam tu dulu. Mana pergi keretapi Senandung Malam dan Sinaran Pagi. Kan best kalau rakyat boleh cilok sembunyi dalam toilet bila tukang tiket ronda. Murahlah sikit kos naik keretapi. Seterusnya, saya nak harga rokok diturunkan ke RM2.40 dan dibenarkan rokok dijual satu-satu batang yang dalam tin tu. Lepas tu, paksalah RTM pasang balik TV Series Airwolf, Macgyver dan the A Team. Tu baru class namanya. Ni bebudak sekarang dok tengok benda-benda bangang macam Justin Bieber buat apa? Anyway... Dato' Seri, itu apa yang saya rasalah. Tak tau lah rakyat yang lain apa diorang nak", kata Razak termengah-mengah.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merenung tajam ke mata Razak dan berkata, "Saudara Razak" 

"Iya... saya"

"Saya memang prihatin dengan kehendak rakyat..... rakyat yang bertanggungjawab. Sudahkah Saudara Razak membayar cukai pendapatan? ... dan Saudara Razak pernah mengundi tak?"

Razak tersipu-sipu malu, "Errrr.... belum lagi Dato' Sri"

"Baik. Bila dah selesai bayar cukai dan berdaftar untuk undi, whassap saya. Saya akan cuba sedaya upaya... errrr.... mungkin untuk satu sahaja"

"Yang mana tu Dato' Sri?"

"Saya suka idea Snooker tu. Saya nak belia kita jadi macam James Wattana yang score 147 perfect"