Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts
Friday, November 22, 2019
Sebelas Lima Puluh Tujuh Pagi
Syahmi terkejut dengan bunyi alarm jamnya yang bertemakan lagu Lady Gaga. Sudah sepuluh kali butang Snooze ditekannya. Dia menggelabah. Hari ini hari Sabtu. Hari ini hari kedai buku sekolah anaknya terbuka. Hari ini sahajalah Syahmi berpeluang untuk membeli buku-buku sekolah anak-anaknya Hasan dan Husin, kembar Darjah 3. Dia bergegas ke bilik air untuk menggosok gigi dan spray minyak wangi Eternity. Syahmi tidak hiraukan badannya yang berlengas. Dia tidak mandi. Fikirnya, 'deodarant' Rexona yang dipakainya semalam sebelum tidur sudah memadai untuk mengelakkan bau badan pagi ini. Syahmi terus mengambil surat senarai buku dari sekolah dan kunci kereta Myvynya dan terus melenjan keluar. Sesampainya di pagar pintu sekolah, Pak Guard Gurkha bersuara, "Hello Mister. Ini gate you tak bole masok. You punya sticker kereta sodah expired. Kena beli baru".
"Errr... ala brader. Sekejap je. Nak beli buku je pun".
"Sorry lah Mister. Ini polisi sekolah lah".
"Aduhhh! Kau ni.. ishhhh.... oklah", keluh Syahmi sambil mengundur keretanya dan membuat pusingan mencari parkir di sekeliling luar pagar sekolah. Sudah 5 kali Syahmi memusing. Akhirnya Syahmi mengambil keputusan untuk 'double park' saja. Biarlah apa nak jadi. Hari ni sahaja Syahmi ada untuk membeli buku Hasan dan Husin sebab esok harinya Syahmi sudah mahu terbang mengerjakan umrah. Dia terus berlari ke kedai buku sekolah.
Sesampai sahaja di kedai buku, kakak kaunter bersuara dengan muka yang masam dan nada yang membuatkan Syahmi mahu menyepak muka kakak tersebut, "Encik, Encik ni dah lambat. Kita dah tutup ni. Kita tengah balancing cashier dah ni".
"Alamak... Kak... tolonglah. Saya hari ni sahaja boleh beli buku anak-anak ni. Patut saya sampai awal tadi tapi jaga tu tak bagi masuk. Jenuh saya pusing berpuluh kali cari 'parking'", luah Syahmi sambil menyedari sedikit tipu sunat mengenai kekerapan pusingan mencari parkir.
"Mintak maaf lah Encik. Ini polisi kami".
Syahmi merenung surat senarai buku. Surat menyatakan "Kedai buku buka dari 9 pagi sehingga 12 tengahari". Syahmi merenung pula jam Ice di tangannya. Jari jam menunjukkan 11.57 pagi. Syahmi mendongak pula ke dinding kedai buku, jam di dinding lewat seminit dengan terteranya masa 11.56 pagi. Syahmi melihat muka kakak yang masih membuatnya mahu menyepak mukanya sambil berkata, "Kak, tadi Kak kata polisi ye? Ni nampak ni? Surat dari syarikat Kak ni kata 12 tengahari. Sekarang ni 11.57 pagi. Kalau polisilah Kak nak kononnya ikut, saya berhak membeli. Kedai ini masih terbuka mengikut polisi. Surat ini tidak mengatakan yang kedai akan buat cashier balancing sebelum 12 tengahari. Jadi, tolonglah".
" Laaah... Encik, kita dah nak tutup cashier ni".
"Tolonglah. Kau ni hidup hanya sekali. Sebelum ajal sampai, buatlah benda yang berfaedah sikit. Kalau aku dapat beli buku ni, anak-anak aku boleh belajar. Esok ni boleh besar jadi doktor, jadi akauntan dan sebagainya. Ni kalau aku tak beli buku-buku ni, esok ni anak aku jadi penagih dadah, kau nak tanggung?"
Kakak kedai buku dengan muka toyanya, selepas 7 saat, pun mengalah, "Yelah, yelah, yelah... bawak mai sini list tu."
Syahmi menghulurkan 'list' sambil berkata, "Tenkiu Kak".
Friday, July 12, 2019
Zamri Hilang
Ahmad kehilangan Zamri. Dia cemas. Ke hulu ke hilir Ahmad mencari Zamri. Dia sampai ke warung Pak Muliadi dan bertanya, "Pak Moody, ada nampak Zamri?"
"Errr.... tadi adalah dia ke arah surau tu". Ahmad terus berlari ke arah surau tanpa berterima kasih kepada Pak Muliadi. Sesampai sahaja di surau, Ahmad bertembung dengan Imam Khairi lalu bertanya, "Pak Imam, ada ke nampak Zamri mana-mana? Pak Moody tadi kata dia menghala ke sini".
"Kalau ye pun Mamat, kasi lah salam dulu".
"Oh ya, Assalamualaikum Pak Imam. Tulah saya ni cemas mencari Zamri sebab dia belum mandi, belum makan semua pagi ni".
"Walaikumsalam. Saya tak nampak pun. Dari tadi saya berkemas dalam surau ni ha".
"Takpelah Pak Imam. Saya pergi dulu ye".
"Yelah".
Ahmad penat pusing satu kampung. Akhirnya terhenti langkahnya di tempat sidai baju Kak Hanum, janda anak tujuh yang popular di Kampung Putik Derian kerana ternampak Kak Hanum memegang penyapu untuk menghalau seekor kambing busuk yang sedang mengunyah coli Kak Hanum yang tersidai. Kak Hanum memekik, "Oi!! Pundek punya kambing! Kau kunyah coli aku ye! Ni hah aku nak tibai kau dengan penyapu ni".
"Ehhh.. Kak Hanum, jangan, jangan. Minta maaf lah banyak-banyak. Zamri tu lapar. Dia belum makan pagi ni. Minta maaf banyak-banyak. Esok saya belikan Kak Hanum coli baru ye. Berapa saiz Kak Hanum?"
"Oi! Pundek kau Mamat... kau tanya saiz payu dara aku pulak. Aku belasah kau dengan penyapu ni baru tau. Kau dengan kambing gembala kau sama je. Ahmad dan Zamri, dua-dua gatal!"
Monday, June 10, 2019
Badut dan Kapal Terbang
Friday, March 30, 2018
Dr Zamri dan Pontianak Kebaya Merah
Dr Zamri selalu bekerja lewat di Hospital Seremban. Maklumlah, doktor memang selalu bertungkus lumus demi rakyat. Seperti biasa, pada satu malam Dr Zamri habis kerja pukul 12 malam. Di mindanya, "Aku nak balik mandi cepat-cepat, makan Maggi Goreng dan boleh terbongkang macam kambing tua tak sedar diri.
Maka Dr Zamri dengan rakus membawa Honda Civicnya dengan laju di jalan raya yang teramatnya gelap. Tiba-tiba dengan tidak diduga, seekor pontianak berbaju kebaya merah terbang mengikut kereta Honda Civicnya dari tepi. Dr Zamri menggelabah. Terkumit-kumit bibir kering membaca Al-Fatihah, doa makan dan doa masuk jamban berulang-ulang kali. Kerusi Honda Civicnya penuh dengan kencing hancing kuning Dr Zamri kerana terlampau takut sehingga terkencing di dalam seluar Levi's yang dibelinya di kedai Bundle di Bazar Bulat Ipoh dua puluh tahun yang lalu.
Pontianak berkata-kata sambil terbang, "Abang.... hoi Abang... dengarlah Sayang nak cakap ni... apa yang Abang takutkan sangat ni?"
Dr Zamri menjerit, "Celaka kau Pontianak Kebaya Merah! Kau boleh tanya aku lagi.. Cheh! Pergi kau dari sini. Kenapa kau ikut-ikut aku ni? Aku tak kacau kau pun!"
"Lah... Abang... bukan apa... saya nampak handfon Abang tu.... model baru Samsung S9. Saya nak cuba tengok kalau saya selfie macamana rupa.. cantik ke tidak? Itu pasal saya beli kebaya merah dari Fashion Valet ni"
Dr Zamri terus menekan brake Honda Civicnya. "Lah... apasal adik tak cakap awal-awal?"
Dr Zamri pun turun dari kereta dan berwefie dengan Pontianak Kebaya Merah. Kedua-dua Dr Zamri dan Pontianak Kebaya Merah tersenyum indah tapi malangnya apabila butang kamera Samsung S9 ditekan, hanya muka Dr Zamri yang nampak sebab hantukan tak boleh muncul dalam kamera. Begitulah alkisahnya Dr Zamri dan Pontianak Kebaya Merah. Sekian.
Tuesday, July 26, 2016
Mencari Octopus di Bulan
"Ayah. Malam ni saya nak ke bulan. Ayah doa kan saya ye"
"Oi. Kau mabuk apa? Nak ke bulan kejadahnya. Ada ape hal kat bulan tu?"
"Saya nak ke bulan Ayah. Saya nak cari Optimus Prime"
"Huhh? Octopus?"
"Bukan. Tu sotong. Tu ha yg besar bagak merah boleh jadi lori. Optimus Prime"
"Ada apa dengan Octopus Prime tu yang kau terhegeh-hegeh nak jumpa?"
"Ada lah... "
"Ehhh.... budak ni. Kepala hangguk kau berjambul. Kau bilang kat aku apa halnya kau nak ke bulan jumpa Octopus Prime tuh?"
"Optimus Prime. Bukan Octopus. Octopus tu sotong"
"Apa-apa lah. Sotong ke udang ke... kau cerita kat Ayah apa yang tergempak sangat nak ke bulan?"
"Saya nak ke bulan nak jumpa Optimus Prime sebab dia sorang sajelah boleh melawan askar-askar Zionist yang dok menyerang Palestine. Kesian orang-orang Palestine. Saya tengok semua negara-negara Islam yang lain semua kecut takde telor nak lawan Zionist. Sebelum saya berdoa dengan Tuhan, kenalah usaha sedaya upaya dulu kan Ayah? Jadi.... saya nak ke bulan nak ajak Optimus Prime turun ke bumi lawan dengan Zionis"
Ayah memeluk aku dengan erat sambil berkata, "Tak payah pergi jauh sampai ke bulan Nak. Esok ayah bawak kau ke Toys'r'Us. Bukan saja Octopus Prime,.. Superman, Batman, Six Million Dollar Man semua kita boleh ajak lawan Zionis ye... "
"..... Optimus Prime lah.... bukan Octopus Prime"
Friday, April 1, 2016
Mandi Tanah
Dulu masa aku belajar kat Melbourne di Australia, duit scholarship Gomen ciput. Australian Dollars (AUD) 531 sebulan saje. 1 AUD above tahap kemiskinan. Tahap kemiskinan di Australia masa tu AUD530. Bayar sewa AUD200. Bayar daging, ayam, sayur apa bala dah AUD100. Bayar letrik, air, fon semua dah AUD100 kot. AUD100 untuk beli rokok murah Peter Jackson. RM30 belanja awek nengok wayang kat Village Cinema South Yarra.
Kesimpulannya..... hidup tertekan sebab tak cukup duit. Study no problem. Sarjana muda perakaunan. Apa susah? Debit Credit je.... yang lebeh tu kelentong goreng je. So, apa lagi. Pergilah cari kerja part time. Malam minggu gi jadi kitchen hand kat Topez Pizza kat Prahran. Semua lah aku buat. Basuh pinggan. Bancuh uli tepung roti pizza. Buat French Salad, Greek Salad, pelbagailah. Potong sayur. Potong daging. Potong ayam. Potong salami.... dan potong babi.
Babi betoi..... kena potong babi. Setiap malam balik rumah kena mandi air tanah. Aku tanya housemate aku Shimi budak Kedah nak mandi samak ni apa sukatan. Dia bilang satu bahagian air dan tujuh bahagian tanah. Entah betul tidak. Sampai hari ni aku tak tau. So.... koreklah tanah depan rumah tu. Habis penuh tanah dalam bath tub sampai sumbat. Alih-alih kena maki dengan landlord Mr Andrew Vasilou mamat Greek perut buncit. Semua ni sebab nak sembahyang punya pasal.
Satu hari di Hari Raya selepas mandi sunat Hari Raya dengan air tanah, kitaorang ready-ready nak ke Malaysia Hall High Street Windsor untuk sembahyang Raya...... tiba-tiba ternampak anjing tengah berak kat tanah depan rumah yang selalu aku ambik untuk mandi wajib... ehhhh silap.... mandi samak. Adoiiiii.... hancurnya perasaan. Mana nak cari supply tanah kat tengah-tengah Melbourne nih?????
Selepas Hari Raya aku tender resignation as the most dedicated Kitchen Hand in all of Prahran Melbourne. Pekerjaan seterusnya ialah... posman untuk junk mail.
Kechewa Nasi Lemak
Kepada Persatuan Pembuat Nasi Lemak SeMalaya,
Tolong sebarkan masalah Nasi Lemak di Malaya ni seperti berikut:
1. Namanya Nasi Lemak.... bukan Nasi Putih. Apesal tak rasa lemak? Ni dah kelentong tahap dosa dah ni.
2. Ikan Bilis kalau boleh letaklah segenggam ke. Ni 3 ekor aje. T I G A ekor sahaja. Bak kata KJ.... Ale Uto lah
3. Telor penat mak ayam keluarkan cantik bulat bujur.... kau gi potong empat lepas tu satu perempat je kau kasi? What the hell?
4. Sambal... aduhhhh.... sambal.... kau reti tak masak ni? Tumis cili tu sampai masak... ni rasa macam cili ulam je. Lepas tu kau campak gula berlungguk nak kasi sedap. Aku ni high sugar in blood. Kalau nak manis letak banyak bawang lah beb. Adoi. Fail lah.
5. Tidak ada komplen pasal timun. Timun buang duit je bukan orang kisah sangat. Macam Richard Branson stop letak olives dalam airplane meal..... gitu.
6. Dah lah tu... harga seciput tu melebehi harga satu liter RON95..... damn!
Yang kechewa,
spanapurba
Thursday, October 29, 2015
Sayang sayang Sayang
"Sayang!"
"Ya?!"
"Errrrr.... Sayang..... sayang Sayang?"
"Mmmm... yelah Sayang sayang Sayang"
"Eh eh... betul ke Sayang sayang Sayang?"
"Iyaaaa... Sayang, saaaaaaayaaaaang Sayang"
"Ehhhh happynya. Sayang sayang Sayang. Sayang cakaplah betul-betul. Betul ke Sayang sayang Sayang?"
Iskandar bangun dari kerusi Osimnya dan terus ke mejanya lalu ditarik laci meja. Dia terus mengambil pistolnya dari dalam laci dan mengacukan pistolnya ke muka Shidah sambil berkata, "Cuba kau tanya sekali lagi... tengok apa aku jawab"
Apa Lagi Yang Sue Nak?
"Apa lagi yang Sue nak? Abang dah bagi semuanya. Abang dah belikan cincin berlian Princess cut dari Tiffany dengan gelang tangan, rantai, subang berbagai. Haaahhh,... tu hah,.. BWM 3 Series latest version tu pun baru Abang belikan tahun lepas. Anak-anak semua kau nak masukkan private school,.. ke private school lah diorang kan? Apa nama? Garden? Apa-apa lah.... Tu hah.. Kelab Golf KGNS yang kau asyik main golf dengan Puan Sri Maimunah tu... bukannya murah membership tu. Berpuluh ribunya aku kena bayar. Rumah yang tersergah indah tiga tingkat kat Bukit Damansara ni pun aku dah terkentut-kentut bayar hutang bank. Lepas tu, Christmas aku bawak semua satu famili gi London setiap tahun. Hand bag,.... hmmmm... sampai esok aku membebel pun tak habis... satu almari hand bag dan kasut kau. Jimi Choo lah, Balenciaga lah... apa-apa lah lagi aku pun tak kenal. Aku kenal selipar Tat Sing jer. Credit card sampai tiga... semua hampir full credit limit. Apa lagi kau nak? hahhh? Dengan personal trainernya. Dengan furniture Italinya. Dengan lukisan mahal sampai beratus ribunya... Kononnya contemporary art investment lah.. Macam-macam lah. Pendek kata, semuanya Abang dah bagi. Permintaan Abang satu je kau tak boleh nak bagi ye?"
Suraya merenung muka Fakhrul seperti singa betina yang menunggu untuk menerkam anak kambing yang bodoh, sombong lagi dungu sambil berkata dengan tajamnya, "Kau suruh perempuan sundal tu langkah mayat aku dulu sebelum kau buat dia bini nombor dua kau paham?"
Fakhrul menghembus asap rokok Marlboronya dengan tidak puas hati.
Monday, October 26, 2015
YAB, saya tuntut hak saya ....
"Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Saya nak tuntut hak saya sebagai rakyat negara ni. Dah lama saya terpendam perasaan ni sejak tahun 1992 lagi. Banyak lagi yang Kerajaan boleh buat. Pertama, saya nak semua majlis perbandaran membenarkan pusat-pusat video game ting tong. Lagi elok diwajibkan semua pasang balik game Street Fighter II dan 1942. Kedua, bukak balik pusat-pusat snooker kat semua bandar. Bebudak sekarang ni bahlol tak reti apa itu snooker sebab asyik main facebook 24 jam... macam gampang. Lepas tu saya nak harga teh ais kembali ke 60 Sen macam kat gerai Seksyen 2 Shah Alam tu dulu. Mana pergi keretapi Senandung Malam dan Sinaran Pagi. Kan best kalau rakyat boleh cilok sembunyi dalam toilet bila tukang tiket ronda. Murahlah sikit kos naik keretapi. Seterusnya, saya nak harga rokok diturunkan ke RM2.40 dan dibenarkan rokok dijual satu-satu batang yang dalam tin tu. Lepas tu, paksalah RTM pasang balik TV Series Airwolf, Macgyver dan the A Team. Tu baru class namanya. Ni bebudak sekarang dok tengok benda-benda bangang macam Justin Bieber buat apa? Anyway... Dato' Seri, itu apa yang saya rasalah. Tak tau lah rakyat yang lain apa diorang nak", kata Razak termengah-mengah.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merenung tajam ke mata Razak dan berkata, "Saudara Razak"
"Iya... saya"
"Saya memang prihatin dengan kehendak rakyat..... rakyat yang bertanggungjawab. Sudahkah Saudara Razak membayar cukai pendapatan? ... dan Saudara Razak pernah mengundi tak?"
Razak tersipu-sipu malu, "Errrr.... belum lagi Dato' Sri"
"Baik. Bila dah selesai bayar cukai dan berdaftar untuk undi, whassap saya. Saya akan cuba sedaya upaya... errrr.... mungkin untuk satu sahaja"
"Yang mana tu Dato' Sri?"
"Saya suka idea Snooker tu. Saya nak belia kita jadi macam James Wattana yang score 147 perfect"
Saturday, September 26, 2015
Rumah Idaman Tarmizi
"Mr Foo. Ni plan rumah 2 tingkat. Build up ikut 22 kaki kali 75 kaki. Tapi material gua nak lu tukar. Gua tak mau concrete, kayu, besi, cement semua. Cat pun tak payah", kata Tarmizi kepada Contractor Foo.
Contractor Foo ternga-nga mulutnya, "Oi! Lu mau gua buat rumah pakai apa haa? Pasir ka?"
"Gua nak lu beli lego banyak-banyak dan pakai gam UHU ke gam Gajah ke."
Contractor Foo masih ternga-nga.
Sang Pendita Mahakarya Tok Guru Agok Penjaga Suci Gunung Ledang
Sudah 27 hari Zaki camping dan mendaki Gunung Ledang. Dia berpusing-pusing keliling gunung kononnya hendak mencari erti kehidupan. Diredahnya belukar. Diseberangnya tujuh sungai. Dikacau hantu jembalang syaitan jin pelbagai. Berbekalkan biskut Marie dan air mineral Spritzer sahaja. Air dari dedaunan pokok jati hutan menjadi sumber untuk membersihkan muka. Dia tidak mandi. Badannya bau hapak tidak seperti kambing Boa. Giginya tidak tergosok. Janggutnya tidak tercukur sehingga rupanya pun dah macam beruk. Tapi Zaki tidak endah kesusahan itu semua. Dia sudah bertekad untuk mencari jawapan. Mencari jawapan mengenai rahsia yang terbesar yang akan memberi makna kepada kehidupan Zaki. Rahsia yang selama ini dia mencari. Mencari dari seorang pendita yang menghuni Gunung Ledang. Orang kata kalau nak cari pendita ni kena sabar. Apabila kita sudah sabar secukupnya barulah pendita itu akan muncul.
Zaki masih sabar. Dia berbisik seorang diri di tengah-tengah hutan belukar Gunung Ledang, "Wahai Sang Pendita Mahakarya Tok Guru Agok Penjaga Suci Gunung Ledang. Dimanakah dikau?"
"Oi! Pundek! Aku kat sini hah! atas pokok asam jawa ni. Apa yang ko membebel sorang-sorang dalam hutan? Dah 27 hari aku tengok kau menilau macam anak babi hilang maknya. Baru hari ini ko nak tanya dimana aku? Kalau kau tanya hari pertama dulu kan aku boleh sahut terus. Bodoh!"
Zaki bersabar. Dia tahu yang Pendita Agok cuma mahu cuba try test tengok kecekalan dirinya dengan maki hamun itu tadi, "Wahai Sang Pendita Mahakarya Tok Guru Agok Penjaga Suci Gunung Ledang. Apakah rahsia alam yang perlu aku amalkan agar dapat aku bahagia di dunia ini?"
"Senang saja jawapannya. Kau mari sini aku nak bisik."
Zaki pun memanjat pokok asam jawa sehingga sampai ke Pendita Agok lalu dia pun duduk di atas ranting besar sebelah Pendita Agok sambil menepis-nepis kerengga yang menggigit-gigit tangannya, "Ya Sang Pendita Mahakarya Tok Guru Agok Penjaga Suci Gunung Ledang, apakah jawapannya anak ini tumpang bertanya?"
Pendita Agok pun menunduk sehingga bibirnya sampai ke telinga Zaki lalu dengan nada halus lagi suci dan lembut dia membisik, "Yooooossssofffff Taaaayyyyooooobbbbb....... "
Thursday, September 24, 2015
Nasi Briyani Kambing Pujaan Jo
Doktor Zamri Harun membebel lagi macam selalu, "Encik Jo. Encik Jo kena dengar nasihat saya sebagai seorang doktor ni. Dah berapa kali saya dah kata... control sikit bila makan tu. Kurangkan nasi. Kalau boleh jangan makan nasi langsung. Semua karbohidrat tu anggaplah sebagai racun. Roti pun jangan. Kalau kempunan sangat roti brown ok. Ubi kentang pun jangan. Kalau nak minum kopi biar black no sugar. Nescafe toksah nak teguk pun. Yang putih tu bukan susu. Kelapa Sawit semua tu. Coca-Cola, 100Plus, Pepsi, 7Up dan sewaktu dengannya kena kita lupakan. Minum air kosong saja. Ice cream, Tutti Frutti, Slurpee, ape jadah semua ni... forget it bro. Tahap gula dalam darah Encik Jo dah 7.1. Tinggi tu. Untuk lelaki umur 40 macam awak ni dah kena control. Silap-silap ni saya kena prescribekan ubat Diabetic untuk Encik Jo. Exerciselah selalu. Habis kurang pun 5km sekali lari. Buatlah 3 kali seminggu. Rokok tu lupakan sajalah. Dengan rokok tu macam-macam penyakit boleh dapat. Bila kita isap rokok, karbon dari rokok tu bercampur dengan darah mewujudkan karboksihemoglobin. Karboksihemoglobin boleh memendakkan lemak kolesterol ke dinding saraf langsung bila banyak, tersekat. Sakit jantung nanti. So bukan gula saja kena control. Lemak berbagai semua kena henti. You punya cholesterol dah 6.8 ni. Yang sedap-sedap contohnya Nasi lemak, kena stop. Nasi dagang kena stop. Roti canai, beef steak semua jagalah jangan banyak sangat.... Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu.... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia.... "
Dengan tiba-tiba Jo bersuara, "berhenti di situ. Apa Doktor kata tadi?"
"Saya kata, Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu.... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia.... "
"Apa? Apa? Cuba kau ulang lagi"
"Haiyooo.... saya kata tadi.... Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu.... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia.... "
Jo terus berdiri dengan jari telunjuknya mula menunjuk ke arah Doktor Zamri, "Fikir betul-betul.... Doktor benar-benar hendak berkata macam tu?"
"Ye lah. Aku ni Doktor kasi advice kat kau. Kau kena dengar.... Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu.... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia.... "
Jo terus memberi satu tamparan hebat ke muka Doktor Zamri sehingga terpelanting cermin mata Oakley doktor tu ke lantai dan bersemburan gigi dan darah keluar dari mulut bersepah di atas meja. Nurse yang tadi menggatal dengan Jo terus ternga-nga mulut melutut untuk mengelap mulut Doktor Zamri.
"Errr... jangan sesiapa di muka Bumi ini memisahkan aku dengan Nasi Briyani Kambing pujaan aku ok", kata Jo sambil bergegas keluar dari Klinik Harun.
Doktor Zamri cuma mampu berkata, "Apakah????"
Wednesday, September 23, 2015
Spanapurba
Namanya Dali. Bukan Dali, Salvador Dali, macam orang puteh tu. Tapi Wak Dali. Wak Riza Dali dari keturunan Jawa. Orang panggil Wak Dali tapi Dali ni bukannya old fesyen style Wak konvesyenal tu. Dia moden. Dia muda. Baru umur 39 tahun. Budak-budak masa kat sekolah asrama dulu je yang suka pakai nama bapak masing-masing. Dali tu nama Bapak dia. Tapi tak kisah. Dia redha saja apa orang panggil dia asalkan bukan Batu, Babi atau Tenuk.
Dali ni ada power. Super power turun temurun dari nenek moyang Indon Jawa Kontrak. Kalau kat Amerika dia dah masuk komik Marvel. Tapi sebab kat Mesia, benda ni bukan dipanggil super power, tapi lebih kurang saka. Power atau saka dia sempoi. Mata Dali boleh nampak skru-skru ghaib pada badan manusia. Dali cuma perlu ketatkan skru-skru tersebut untuk menyembuh apa jua masalah tubuh badan manusia. Macamana Dali ketatkan skru-skru? Dia ada sebiji spana. Spana dari zaman Kerajaan Mataram dulu. Spana ajaib dan ghaib cuma mata Dali saja yang nampak. Spanapurba diberi nama.
Suatu masa dahulu, pada 5 Mac 1994, Dali menerima jemputan ke Amerika. Ada orang kaya muda sudah dengar yang Dali ni ada super power. Dia nak mintak tolong Dali baik pulihkan masalahnya.
"Hi, my name is... errrr.. hmm... let's just call me Donald, shall we?"
"Yes Donald. Nice to meet you. I am Dali. Riza Dali."
"Mr Dali. To cut a long story short, saya ada masalah. Nak mintak Mr Dali ketatkan skru di kepala otak saya sebab saya ada masalah tak berani nak lakukan sesuatu. Saya perlu keberanian untuk melakukan sesuatu."
"Hmm... saya setakat ni belum pernah ketatkan skru kat otak. Tapi... tak menjadi masalah. Spanapurba memang ajaib semua masalah badan manusia boleh diuruskan. Tapi keberanian tu,... adakah ia akan membawa kebaikan?"
"Ohhh sudah tentu. Apabila saya berani melakukan apa yang saya nak lakukan, saya akan berasa gembira, bebas, liberated, jauh dari sengsara dunia yang haram jadah ni."
"Ok lah kalau macam tu. Saya cuma tolong untuk benda-benda happy." Dali dengan segera mengetatkan skru-skru tertentu di atas kepala Donald dengan Spanapurba. Maka terbentuklah keadaan fizikal otak Donald yang conducive untuk memupuk keberanian yang diberahi si Donald. Donald ingin membayar upah sebanyak USD1 juta tapi Dali cuma tersipu-sipu berkata, "Ehhh.. tak payah. Donald bayar hotel dan kos kapal terbang saya cukuplah."
Selepas sebulan, pada 5 April 1994, Dali terbeliak mata terkejut membaca sebuah surat khabar yang memaparkan muka Donald sebesar-besar di muka hadapan dengan headline, "Cobain Kills Himself" dan di bawah gambar tersebut tertulis nama penuh Donald, iaitu.... Kurt Donald Cobain.
Friday, September 18, 2015
Perwira Naga dan Hantu Puntianak
Selepas subuh aku turun ke padang. Di waktu ini puntianak-puntianak semua tidak berani menerpa askar-askar aku. Perwira-perwira aku. Perwira yang bertunggangkan naga-naga sakti dari dunia bunian purba. Kenapa? Kerana cahaya matahari sudah cukup untuk membakar kulit puntianak-puntianak durjana itu semua.
Sudah bertahun-tahun kampung-kampung di Kalimantan ini dibelenggu hantu puntianak. Banyak yang telah terkorban. Ada juga orang-orang kampung ini yang tiada jalan lain melainkan memuja hantu ini dan memberi korban anak-anak muda yang darahnya masih lemak dan manis.
Aku tidak rela. Aku harus hancurkan puntianak durjana ini semua. "Ayuh! Tenteraku! Terbanglah engkau bersama naga-nagamu. Hari ini, kita berperang untuk maruah kita. Kita ke sarang puntianak!!"
300 orang tentera aku itu seorang demi seorang menadah tangan berdoa dan untuk setiap mereka, cahaya dari tadahan tangan keluar memancar ke langit menjelma menjadi naga yang bercahaya. Tentera-tenteraku menunggang naga berpusing-pusing menunggu ketua mereka untuk memulakan perjalanan.
Aku menadah tangan sambil berdoa, "Dengan amanah yang diturunkan kepada aku, aku, keturunan Perwira Naga, bersumpah untuk menunaikan janji nenek moyangku untuk menjaga umat manusia dari dibelenggu kaum penghisap darah. Wahai naga saktiku, jelmalah engkau.... "
Cahaya putih terpancar keluar dari tanganku memancar ke langit menjelma menjadi Penghulu Naga Sakti yang bercahaya. "Tuan Penghulu Perwira Naga, Tuan Hamba Penghulu Naga Sakti Bunian Purba sedia berkhidmat untuk Tuan."
Aku cuma tersenyum dan berkata, "Hari ini kita saling bekerja lagi untuk janji purba sesama kita", sambil melompat ke atas Penghulu Naga Sakti. "Wahai Sang Berapi Yang Purba, penghulu segala naga sakti, ayuh berikan isyarat kepada kesemua naga-nagamu untuk minggir ke hutan puntianak. Askar-askarku akan berjuang bersama naga-nagamu."
Sang Berapi Yang Purba mengeluarkan bunyi perit yang amat kuat dari mulutnya lalu menerpa ke langit yang kini sudah kebiruan menuju ke arah kegelapan yang bertentangan dengan matahari terbit, yakni, ke arah hutang puntianak. Kesemua 300 naga dengan tunggangan oleh askar perwira nagaku sama-sama terbang mengikut aku, penghulu mereka, dan Penghulu Naga Sakti.
Bermulalah peperangan yang melibatkan askar-askar aku mengheret kaum puntianak keluar dari gua-gua di hutan untuk naga-naga purba membakar puntianak-puntianak ini sehingga hancur menjadi debu. Setiap tahun tentera-tenteraku bersama naga-naga sakti berbakti membunuh hantu-hantu ini tetapi setiap tahun masih banyak lagi hantu-hantu ini menjelma. Mungkin ada lagi gua-gua yang belum kami jumpai ataupun puntianak ini semua sudah jumpa tempat persembunyian yang lebih efektif.
Apa-apa hal, peperangan ini amat memedihkan kerana ianya harus dilakukan dengan api dari naga purba yang sezaman dengan darah keturunan puntinanak ini. Dengan tidak dapat dielakkan, api naga yang teramat panas ini sudah tentu membakar sekali hutan-hutan di mana puntianak-puntianak ini semua dibakar.
Keesokan harinya surat khabar mengeluarkan headline "MUSIM JEREBU BERMULA LAGI".
Nyawa Pemberian Tuhan
Dah gelap ni. Aku terasa lapar. Kaki-kaki aku ni pun dah lama tak exercise. Elok jugak aku keluar jalan-jalan cari makan. Tak jauh. Kat dapur ni saja. Sebab kaki-kaki aku ni kecik je, dalam dapur ni je aku dah penat nak lari sana sini. Apa-apa lah. Aku lapar.
Ahhhh! Banyak makanan rupanya. Si maid Indon ni tak reti-reti tutup makanan. Kejap lagi tu nak kena maki kot. Apa-apa hal, janji aku boleh makan. Makanan yang tersergam indah lagi berselera. Ada telur dadar. Ada sambal udang petai. Ada keropok binjai. Ada terung sambal. Ikan senangin goreng. Kerabu mangga pun ada. Syok giler. Ok.... jom makaaaaannnnn.....
Tetiba, di saat yang aku pikirkan osem tadi berubah. Celaka betoi... tetiba lampu ada orang On. Silau mata batinku menyiksakan. Pedih. Buta sebentar. Apabila penglihatanku kembali, dengan lekas aku berlari menyelamatkan diri tapi apakan daya; wap racun sudah di'spray' ke ruang udara di sekelilingku macam haze dari Kalimantan. Paru-paru aku sesak. Aku hilang pernafasan. Kaki-kaki aku menggeletar. Dada aku sakit. Mata aku kabur sehingga kembali buta seperti 10 saat lalu. Yang sebenarnya aku bukan pakai sangat mata aku tu. Aku hanya selalu ikut bau.
Sampai sini saja hidup aku. Ajal tidak dapat dielak. Memang yang selalu aku jangkakan yang aku akan mati sebegini. Di saat nafas terakhir aku ini aku terdengar suara budak bernama Daniel menjerit, "Mummy! I already sprayed the Baygon to the ugly cockroach!"
Innalillahi Wainna Ilaihirojiun.....
Tuesday, September 8, 2015
Gelang Tangan dan Harapan Palsu
Sabrina baru balik dari kerja. Jam Gucci di tangan sudah pukul 11 malam. Dia membuka pintu bilik tidurnya dan menutup kembali tanpa dikuncinya. Diletaknya handbag Prada di atas meja sambil menghirup satu mug Nescafe Gold Blend yang dibuatnya sebentar tadi. Di atas meja ada hadiah dari suaminya. Ada juga nota yang berbunyi, "Sayang, I balik lambat hari ni. Tapi jangan tidur awal. Kita... ahem... ahem... Dah lama dah ni." Dibukanya kotak hadiah tersebut dan dikeluarkan gelang tangan Pandora sambil senyum terukir dibibir. Sabrina ingin memuaskan hati suaminya malam ini. Dia langsung membuka skirt, blouse, coli, stokin, panties dan contact lense. Kemudian dia menyerah tubuhnya ke titisan air shower yang mengurut sepoi-sepoi bahasa kulitnya yang lembut dan gebu. Apabila selesai, Sabrina menjenguk cctv dan didapatinya kereta suaminya sedang memasuki kawasan rumah. Sabrina terus menjatuhkan tualanya dan terus melompat ke atas katil tanpa sebarang tutupan walaupun selimut sekalipun. Inilah yang selalu digemari suaminya.
"Kreeeeeeekkkkkk... ", bunyi pintu yang dibuka. Sabrina makin tersenyum menyangkakan suaminya yang akan masuk. Tetapi, tiba-tiba, "Mama!! Apa Mama terlanjang atas katil ni?"
Melompat Sabrina terkejut apabila ternampak anaknya Rashad yang berumur 10 tahun. Lengannya secara automatis memeluk diri sendiri menutupi tetek dan kakinya bersilang menutupi kemaluan, "Get Out!!! You are supposed to be asleep for school tomorrow. What are you doing still not in bed this late?"
Kamil menaiki tangga perlahan-lahan kerana tidak mahu mengejut sesiapa yang sudah tidur, tetapi dia masih mengharap yang isterinya masih terjaga. Apabila dia membuka pintu dan didapatinya Sabrina masih terjaga di dalam bilik air menggosok gigi, dia pun bertanya, "Jom kita...... you know."
"Malas lah, I dah hilang mood."
Hadiah Untuk Boboi
Chombie baru sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA. Dia penat. Dia baru keluar dari flight yang 7 jam panjangnya dari Melbourne, Australia. Dia penat. Malah, dah beribu kali dia menyatakan yang dia penat. "Hoi! Aku penatlah! Aku nak balik kat rumah aku di Setia Alam tu. Nak tidoq. Hang tau?"
Tapi Ikram tetap persisten, "Jom lah! Ikut aku pergi tengok Si Azrem tu lumba motosikal kat Sepang. Diorang lumba malam-malam syok tu. Kau ikut aku bonceng belakang kat motor aku ni. Nanti, aku belanja kau Nasi Vanggey esok ni bila kita turun balik kampung Ipoh. Amacam?"
Chombie macam kesian dengan Ikram tapi dia terasa amatlah penatnya. Mana tidak, bila dah kena jadi stewardess kat First Class, kenalah layan Dato' - Dato' keparats tu semua yang pelbagai karenah diorang tu. Si Ikram pun sebenarnya penat sebab dia pun sama-sama layan penumpang kat First Class, cumanya, Ikram layan Mak Datin yang dah tak dilayan suami masing-masing. Mereka bertiga, bersama Azrem, selalunya bersama-sama di dalam flight. Kali ini Azrem minta cuti sebab nak lumba motosikal. Kononnya dia dah menang banyak series. "Ikram, kitakan macam tak tidur 7 jam tadi dalam flight. Sekarang dah 1 pagi ni. Kau tak jet lag ke? Esok kan kita nak drive 200 kilometer balik Ipoh. Anak kau dengan nenek kau kat Simpang Pulai tu rindu kat kau. Kalau kau tidur lambat, lambatlah kita bertolak esok. Tertunggu-tunggu je budak tu nanti."
"Alahhh,... tak pe anak aku tu. Boboi dah besaq tu. Dia mana ada rindu-rindu ni. Bila aku tunjuk kat dia hadiah toy Transformers yang aku beli kat dia, dia lupa habih rindu nanti."
"Ikut suka hang lah Ikram. Aku mengantuk ni. Aku nak pi tidoq. Hang pi sorang sajalah. Jaga elok-elok naik motor tu. Bukan hang yang nak race. Si Azrem tu yang race tau!"
"Ye lah. Ni ko pengang beg aku ni dulu. Nanti esok aku ambik. Dalam tu ada toy Transformers untuk Boboi. Ok. bye!"
"Good night Ikram."
**********
"Kriiiinnnggg Kriiiinnnggggg ......... "
"Errrr.... hello. Sapa ni?"
"Errrmmmmm.... ni Azrem"
"Ni awat hang call pagi-pagi buta?" kata Chombie sambil mencari-cari jam yang sekarang dah pukul 3 pagi.
"Chombie,...... eerrrrr..... Chombie.... "
"Chombie, Chombie,.. apa dia cakaplah! Aku nak tidoq ni!"
"Ikram dah tak dak."
"Ikram apa?"
"Ikram. Dia. Dia tadi.... accident. Lori balak langgar masa dia buat u-turn."
".................................", Chombie membisu sambil mengeluarkan toy Transformers dari beg Ikram. Dia hanya mampu berkata, "Tapi Ikram tak sempat bagi Optimus Prime ni kat Boboi."
Subscribe to:
Posts (Atom)

















