Friday, November 22, 2019

Sebelas Lima Puluh Tujuh Pagi


Syahmi terkejut dengan bunyi alarm jamnya yang bertemakan lagu Lady Gaga. Sudah sepuluh kali butang Snooze ditekannya. Dia menggelabah. Hari ini hari Sabtu. Hari ini hari kedai buku sekolah anaknya terbuka. Hari ini sahajalah Syahmi berpeluang untuk membeli buku-buku sekolah anak-anaknya Hasan dan Husin, kembar Darjah 3. Dia bergegas ke bilik air untuk menggosok gigi dan spray minyak wangi Eternity. Syahmi tidak hiraukan badannya yang berlengas. Dia tidak mandi. Fikirnya, 'deodarant' Rexona yang dipakainya semalam sebelum tidur sudah memadai untuk mengelakkan bau badan pagi ini. Syahmi terus mengambil surat senarai buku dari sekolah dan kunci kereta Myvynya dan terus melenjan keluar. Sesampainya di pagar pintu sekolah, Pak Guard Gurkha bersuara, "Hello Mister. Ini gate you tak bole masok. You punya sticker kereta sodah expired. Kena beli baru".

"Errr... ala brader. Sekejap je. Nak beli buku je pun".

"Sorry lah Mister. Ini polisi sekolah lah".

"Aduhhh! Kau ni.. ishhhh.... oklah", keluh Syahmi sambil mengundur keretanya dan membuat pusingan mencari parkir di sekeliling luar pagar sekolah. Sudah 5 kali Syahmi memusing. Akhirnya Syahmi mengambil keputusan untuk 'double park' saja. Biarlah apa nak jadi. Hari ni sahaja Syahmi ada untuk membeli buku Hasan dan Husin sebab esok harinya Syahmi sudah mahu terbang mengerjakan umrah. Dia terus berlari ke kedai buku sekolah.

Sesampai sahaja di kedai buku, kakak kaunter bersuara dengan muka yang masam dan nada yang membuatkan Syahmi mahu menyepak muka kakak tersebut, "Encik, Encik ni dah lambat. Kita dah tutup ni. Kita tengah balancing cashier dah ni".

"Alamak... Kak... tolonglah. Saya hari ni sahaja boleh beli buku anak-anak ni. Patut saya sampai awal tadi tapi jaga tu tak bagi masuk. Jenuh saya pusing berpuluh kali cari 'parking'", luah Syahmi sambil menyedari sedikit tipu sunat mengenai kekerapan pusingan mencari parkir.

"Mintak maaf lah Encik. Ini polisi kami".

Syahmi merenung surat senarai buku. Surat menyatakan "Kedai buku buka dari 9 pagi sehingga 12 tengahari". Syahmi merenung pula jam Ice di tangannya. Jari jam menunjukkan 11.57 pagi. Syahmi mendongak pula ke dinding kedai buku, jam di dinding lewat seminit dengan terteranya masa 11.56 pagi. Syahmi melihat muka kakak yang masih membuatnya mahu menyepak mukanya sambil berkata, "Kak, tadi Kak kata polisi ye? Ni nampak ni? Surat dari syarikat Kak ni kata 12 tengahari. Sekarang ni 11.57 pagi. Kalau polisilah Kak nak kononnya ikut, saya berhak membeli. Kedai ini masih terbuka mengikut polisi. Surat ini tidak mengatakan yang kedai akan buat cashier balancing sebelum 12 tengahari. Jadi, tolonglah".

" Laaah... Encik, kita dah nak tutup cashier ni".

"Tolonglah. Kau ni hidup hanya sekali. Sebelum ajal sampai, buatlah benda yang berfaedah sikit. Kalau aku dapat beli buku ni, anak-anak aku boleh belajar. Esok ni boleh besar jadi doktor, jadi akauntan dan sebagainya. Ni kalau aku tak beli buku-buku ni, esok ni anak aku jadi penagih dadah, kau nak tanggung?"

Kakak kedai buku dengan muka toyanya, selepas 7 saat, pun mengalah, "Yelah, yelah, yelah... bawak mai sini list tu."

Syahmi menghulurkan 'list' sambil berkata, "Tenkiu Kak".



Monday, November 4, 2019

The Demonic Di666ital


Quote of the day: "..... that is the problem with digital. It disrupts! Dajjal's tool. Imagine last time 1 unit of music sale is a cd album worth RM40, then cd singles at RM7, now 1 song on spotify less than 99 Sen? Suddenly the overall value of sales fell dramatically. Artists cannot survive with record sales alone and they need to go 360 degree doing endorsement, concerts and what not. This wave is extending into TV and radio business as well. The players in the industry, any industry in fact, must change to embrace contemporary movements. Or else, we'll be in a Kodak Moment. Kodak Moment is not 'Smile, click! click!'. Kodak Moment is a sad case of American Chapter 11 Bankrupcy proceeding."


Music is Psychology


Izham : Jo, I had issues answering some set of IQ questions. I think my mind is not as sharp.

Jo: Boss. If your mind is not sharp, then it must be flat or diminished. Highly likely you are experiencing a distortion or a delay overdrive. You will be out of tuned from reality. But hey, just relax. That is life. It is only an arpeggio of mishappenings. You'll just have to tune your strings of thoughts and hopefully, all these are just minor bits in the whole scheme of things.

Duckling


On the first of September, the ducklings went round and round. The ducklings just went around. The ducklings, they didn't care. They went around anyway. What do you care? Mind your own business people.


Friday, July 12, 2019

Zamri Hilang


Ahmad kehilangan Zamri. Dia cemas. Ke hulu ke hilir Ahmad mencari Zamri. Dia sampai ke warung Pak Muliadi dan bertanya, "Pak Moody, ada nampak Zamri?"

"Errr.... tadi adalah dia ke arah surau tu". Ahmad terus berlari ke arah surau tanpa berterima kasih kepada Pak Muliadi. Sesampai sahaja di surau, Ahmad bertembung dengan Imam Khairi lalu bertanya, "Pak Imam, ada ke nampak Zamri mana-mana? Pak Moody tadi kata dia menghala ke sini".

"Kalau ye pun Mamat, kasi lah salam dulu".

"Oh ya, Assalamualaikum Pak Imam. Tulah saya ni cemas mencari Zamri sebab dia belum mandi, belum makan semua pagi ni".

"Walaikumsalam. Saya tak nampak pun. Dari tadi saya berkemas dalam surau ni ha".

"Takpelah Pak Imam. Saya pergi dulu ye".

"Yelah".

Ahmad penat pusing satu kampung. Akhirnya terhenti langkahnya di tempat sidai baju Kak Hanum, janda anak tujuh yang popular di Kampung Putik Derian kerana ternampak Kak Hanum memegang penyapu untuk menghalau seekor kambing busuk yang sedang mengunyah coli Kak Hanum yang tersidai. Kak Hanum memekik, "Oi!! Pundek punya kambing! Kau kunyah coli aku ye! Ni hah aku nak tibai kau dengan penyapu ni".

"Ehhh..  Kak Hanum, jangan, jangan. Minta maaf lah banyak-banyak. Zamri tu lapar. Dia belum makan pagi ni. Minta maaf banyak-banyak. Esok saya belikan Kak Hanum coli baru ye. Berapa saiz Kak Hanum?"

"Oi! Pundek kau Mamat... kau tanya saiz payu dara aku pulak. Aku belasah kau dengan penyapu ni baru tau. Kau dengan kambing gembala kau sama je. Ahmad dan Zamri, dua-dua gatal!"

I Love BMW

I was at a BMW showroom this morning. I was so impressed with the new M3 and M5. So, I went to my wife, who was sitting reading a book, waiting for her car being serviced and I said, "I totally love BMW!"

She stopped reading her book and turned her head to face me. Lo and behold, it wasn't my wife! But she was polite enough to say, "Yes! I love BMW too!" and continued to read her book. I continued to act normal and walked away as if the sun was shining bright and joined my wife, who was also sitting reading a book not too far from there.

Monday, June 10, 2019

Badut dan Kapal Terbang


Badrul terasa sungguh teruja. Dia tidak sabar untuk menemui Mika, budak 7 tahun yang ibunya sedang menguruskan 'party' hari jadinya. Ibunya Si Mika sudah pun men'deposit'kan RM500 ke akaun Chung Kiaw Bank Badrul. Badrul cuma tinggal menjalankan kerjanya. Kerjanya sebagai seorang badut kelakar untuk mengukirkan senyuman dan gelak tawa di bibir anak-anak di 'party' hari jadi Mika. 'Party' tersebut akan berlangsung petang nanti di Kuala Lumpur, tetapi Badrul sekarang berada di Pulau Pinang. Tidak menjadi masalah. Badrul sudah pun membeli tiket kapal terbang. Apabila Badrul sampai sahaja di lapangan terbang, teramat terkejutnya Badrul apabila dilaporkan pihak syarikat penerbangan yang tiket kapal terbangnya itu kini sudah terbatal dan ganti rugi akan dibayar. Kata syarikat itu lagi, kapal terbang tersebut sudah terhempas di Selat Melaka akibat kuasa elektromagnetik yang kononnya ditembak oleh pihak lanun moden di perairan tersebut. Sebagai penebus, Badrul menyarungkan sahaja 'costume' badut kelakarnya dan merakamkan dirinya sendiri yang bermain watak Badut Kelakar Bongok yang mencuit hati manusia-manusia di lapangan terbang. Apabila siap, Badrul terus meng'whatsapp'kan rakaman video tersebut kepada ibu Mika agar dapat disiarkan di televisyen melalui kabel HDMI atau melalui 'laptop' petang nanti sewaktu 'party' hari jadi Mika yang ke-7.